Isu Panas

MIC Tetap Bertanding Di Cameron Highlands

SEREMBAN – MIC mengesahkan parti itu akan tetap bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU14.

Ketua Penerangannya, Datuk V S Mogan berkata, perkara itu diputuskan presiden parti dan pihaknya akan mengikut segala arahan pucuk pimpinan parti.

“Keputusan telah dibuat dan kita (MIC) akan bertanding di Cameron Highlands pada PRU14 ini.

“Malah kita juga telah menerima sokongan daripada akar umbi bahawa calon MIC akan diletakkan di kerusi Parlimen Cameron Highlands,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Deepavali di Taman Rantau dekat sini, semalam.

Tambahnya, MIC telah meletakkan penyelarasnya di Cameron Highlands bagi melaksanakan program-program bersesuaian di sana bagi mendapatkan sokongan padu masyarakat di sana.

Mogan berkata, mengikut bancian yang dilakukan beberapa bulan lalu, sokongan akar umbi terhadap MIC semakin meningkat dan diharap ia akan berterusan sehingga ke hari mengundi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");