Membawang Hari Ini

Mona Syamimi Dakwa Turut Terima Mesej Romantik Dari Shahir

KETIKA Juara Akademi Fantasia musim ke 8 (AF8) iaitu Shahir Zawawi berkeras menafikan hubungannya dengan Mona Syamimi, wanita itu mendedahkan penyanyi tersebut ada menghantar mesej romantik dan seakan-akan memberi harapan kepadanya.

Mona atau nama sebenarnya Mona Syamimi Mohd Samsudin, 27, berkata dia dan Shahir kerap menghabiskan masa bersama.

“Kami kerap keluar berdua dan dia yang akan datang ambil saya di rumah. Kami keluar makan malam, menonton wayang berdua dan pernah keluar dari malam sampai pagi.

“Selama ini dia mesej rindu tu… kawan ke peminat? Daripada pandangan saya, tak rasa itu peminat kot. Dari mesej ini anda semua boleh nilai sendiri.

“Mungkin dia bercerita pasal dia seakan memberi harapan pada saya. Selama saya dengan dia, saya keluar dengan dia dan fokus padanya saja,” katanya, menurut laporan mStar Online.

Pendedahan tersebut dilakukan secara langsung menerusi temu bual bersama sebuah portal hiburan di laman Facebook pada Selasa.

Mona Syamimi kepada mStar Online Rabu lalu meminta penyanyi itu membuka mulut untuk menjelaskan mengenai hubungan mereka.

Namun Shahir dalam sebuah portal berita menepis hubungannya dengan pramugari itu sebaliknya mendedahkan dia akan meminang Erra Fazira selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

Dalam pada itu menurut Mona Syamimi, dia merasakan seperti dipermainkan dan dimalukan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Shahir kepada media.

Malah, Mona juga berulang kali menegaskan dia bukan peminat seperti yang dikatakan peserta Akademi Fantasia Megastar itu.

“Saya memang terasa hati seperti dipermainkan dan dimalukan apabila dia keluarkan kenyataan saya ini peminat dan penyokong dia.

“Tiap-tiap hari keluar, habiskan masa, kata saya ini peminat dia. Macam tak logik. Kadang-kadang dia pun ada luah perasaan dia.

“Saya hanya dengar saja. Mungkin dari kawan, kita perlahan-lahan kenal satu sama lain. Tak kan dia buat macam itu pada peminat dia,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia memberi nasihat pada Shahir supaya tidak berpura-pura dan memberitahu perkara yang sebenar.

Malah, perkara yang terjadi ini telah menjejaskan kehidupan dan kerjayanya sebagai pramugari.

“Jangan jadi fake la Shahir. Beritahu benda betul. Benda ini okey tak ada besar pun. Jangan tipu, jangan dedahkan media sana media sini, cerita lain.

“Saya tak nak malukan diri sendiri. Saya tak nak dedahkan untuk memalukan sesiapa. Kenyataan dia tak betul.

“Dia harus betulkan semula, jangan malukan saya dan syarikat saya kerana ia juga menjejaskan kerja saya,” katanya.

Terdahulu, gosip mengenai Mona dan Shahir mula diperkatakan apabila foto mesra mereka tersebar di Internet pada Isnin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");