Berita Hari Ini

Najib Jumpa Pemimpin, Bakal Calon BN

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan akan memanggil semua pemimpin dan bakal calon BN minggu depan, bagi mengadakan mesyuarat menghadapi PRU14.

Menurut laporan Sin Chew Daily, mesyuarat itu kali pertama diadakan selepas semua pemimpin komponen BN mengadakan kem motivasi di Bukit Tinggi, April tahun ini.

Sepanjang dalam kem motivasi yang dijalankan selama tiga hari itu, Najib dikatakan telah memberi arahan kepada semua pemimpin komponen BN supaya bersiap sedia menghadapi PRU yang dijangka diadakan Oktober ini, ataupun selewat-lewatnya tahun depan.

Sumber dalaman memberitahu akhbar ini, antara yang diundang menghadiri mesyuarat pada 21 Oktober itu adalah semua ketua dan setiausaha bahagian BN bagi berbincang persiapan mengenai jentera parti, meningkatkan moral dan semangat ahli parti serta strategi mencapai kemenangan.

“PRU sudah hampir tiba. Perdana menteri harap melalui mesyuarat kali ini dapat meningkatkan semangat semua pemimpin BN agar mampu membuat persiapan rapi.

“Kini hanya tunggu masa perdana menteri umumkan tarikh pilihan raya. Semua agensi termasuk polis telah pun menyatakan kesediaan mereka. Mungkin PRU14 ini akan diadakan dalam tempoh enam bulan dari sekarang,” kata sumber itu lagi.

Sumber berkata, isu mengenai pembahagian kerusi antara komponen BN kini di peringkat akhir dan dipercayai akan diselesaikan tidak lama lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");