Berita Hari Ini

Negara Mana Paling Kerap Dilawati Ratu Elizabeth?

RATU Elizabeth adalah pemerintah yang paling banyak melakukan lawatan dalam sejarah, tetapi terdapat sebuah negara yang paling kerap dilawatinya berbanding negara-negara lain.

Sepanjang 65 tahun pemerintahannya Ratu Elizabeth telah melawat hampir semua negara di seluruh dunia.

Lawatan beliau yang pertama adalah ke Kenya pada tahun 1952. Di sinilah dia menjadi ratu setelah kematian bapanya, Raja George VI.

Kebanyakan negara yang dilawatinya adalah pada tahun 1970-an, iaitu 48 negara yang berbeza.

Bagaimanapun, terdapat sebuah negara yang paling kerap beliau lawati semasa pemerintahannya iaitu Kanada.

Beliau telah melawat Kanda sebanyak 27 kali, lebih daripada Ratu Victoria, raja yang paling lama berkhidmat sebelum diambil alih Ratu Elizabeth.

Ini mungkin kerana Kanada merupakan sebuah negara persekutuan yang ditadbir mengikut sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan dengan Ratu Elizabeth selaku ketua negara.

Semua menteri dan angkatan bersenjata Kanada berikrar sumpah setia kepadanya, serta pasport di negara ini dikeluarkan atas namanya.

Australia juga termasuk dalam negara-negara Komanwel, justeru tidak hairanlah ia menjadi negara kedua yang paling kerap dilawatinya.

Ratu England telah berada di negara ini sebanyak 18 kali sepanjang pemerintahannya.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa negara yang belum dikunjungi beliau, dan kemungkinan besar tidak akan dikunjunginya kerana aktivitinya telah dikurangkan.

Madagascar, Cuba dan Peru tidak pernah dilawati oleh Ratu, walaupun tanpa sebab politik.

Ratu Elizabeth tidak pernah melawat Greece, untuk satu alasan yang berbeza.

Suaminya, Putera Philip, berasal dari Greece sebelum mengambil nama keluarga diraja dan menyingkirkan nama keluarganya, Mountbatten.

Ratu tidak pernah berkunjung ke situ sejak mengambil alih takhta, sementara Putera Philip hanya melawatnya sekali pada 1960-an untuk melawat ibunya di Athens lapor expressUK.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");