Isu Panas

Netizen Berang, Guan Eng Cuba ‘Spin’ Isu Tanah Runtuh

SATU demi satu ‘misteri’ terungkai disebalik kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 11 nyawa di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Cuba untuk menjustifikasikan dirinya sendiri, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam satu kenyataan menafikan projek pembangunan perumahan strata itu dijalankan di kawasan lereng bukit.

Menerusi laman Facebook, Guan Eng telah memetik daripada garis panduan kerajaan pusat bahawa mana-mana projek yang dibangunkan kurang daripada 150 meter daripada paras laut boleh dikategorikan sebagai tanah rendah.

Projek rumah mampu milik di Lorong Lembang Permai 3, Tanjung Bungah itu hanyalah berketinggian 40 meter.

 

“Pembangkang TIDAK PERLU mempolitikkan tragedi ini. Suruhanjaya Siasatan Negeri akan menjalankan siasatan menyeluruh dan tindakan tegas akan diambil,” tulis Guan Eng menerusi posting di laman Facebook.

Secara tidak langsung, kenyataan itu disifatkan sebagai cubaan ketua menteri tersebut untuk memutar-belitkan fakta berhubung status tanah berkenaan, sekaligus mengalihkan tumpuan daripada projek kediaman 980 unit yang ditolak pembangunannya oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang pada 23 Januari 2015.

Dalam pada itu, status berkenaan telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Rata-rata antara mereka menganggap kenyataan ketua menteri itu seolah-olah tiada deria sensitiviti kerana tidak menghormati keluarga mangsa yang kehilangan nyawa dalam tragedi itu.

Sementara itu, Pengarah JAS Pulau Pinang, Norhayati Yahaya memetik surat penolakan permohonan pemaju menjelaskan bahawa lokasi tapak perumahan itu terletak berdekatan kawasan kuari dan tidak terdapat zon penampan seperti mana yang ditetapkan dalam ‘Garis Panduan Tapak dan Zon Kawasan Kediaman dan Industri’.

Pihak JAS turut menyatakan bahawa kawasan persekitaran itu tidak selamat dan aman untuk penduduk mendiaminya.

Perkara berkenaan telah diketahui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah daripada DAP, Teh Yee Cheu sejak tiga tahun lalu.

Sehubungan itu, Yee Cheu menggesa kerajaan negeri dan pemaju untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya.

“Tiga tahun lalu, pihak pemaju ada menghantar permohonan mengenai projek ini ke pejabat saya untuk ulasan, tetapi saya tidak setuju.

“Apabila ia diluluskan, saya terkejut kerana saya langsung tidak dimaklumkan. Saya hanya tahu melalui orang awam yang memaklumkan projek ini sudah mula,” katanya.

Selain daripada projek berkenaan, Yee Cheu juga mendakwa akan ada lagi pelbagai projek seumpama itu yang bakal didirikan di lereng bukit Tanjung Bungah tersebut.

“Kawasan Tanjung Bungah mempunyai nilai hartanah yang tinggi dan ia memberi keuntungan kepada kapitalis yang tidak mengendahkan kepentingan alam sekitar,” ujarnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");