Isu Panas

Nik Abduh Bidas Amanah Cuba Hancurkan Pas

SHAH ALAM – Parti Amanah didakwa mahu menghancurkan Pas sebelum melangkah ke Putrajaya.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, berkata Amanah telah menyambung cita-cita Umno yang telah pun lama berkubur sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Mereka menunggu dan terus menunggu. Itu pungguk merindukan bulan namanya.. ‘Last-last’, bulan pun serabut tengok muka mereka. Pergi meninggallah…,” kongsinya di Facebooknya lapor Sinar harian.

Katanya lagi, ‘ajaran’ DAP telah menyebabkan Amanah menjadi ‘ketidaktahuan’.

“Ajaran mabuk DAP itu telah menikam-nikam saraf, otot dan urat-urat halus otak mereka.

“Mereka kekejangan melihat Pas yang ‘cool’ berhadapan ‘The Apocalypse’ ciptaan DAP itu. Mereka memberontak terhadap Pas dan seni dakwahnya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");