Sukan Hari Ini

Park Ji Sung, Kim Min Ji Bakal Timang Anak Kedua

PEMAIN bola sepak Park Ji Sung dan pelakon Kim Min Ji bakal menimang anak kedua tidak lama lagi.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada Kim Min Ji, Myung Hee ketika sesi temubual bersama sebuah majalah pada Selasa.

“Kim Min Ji kini sedang hamil anak kedua. Mereka teruja dengan berita gembira ini,” kata Myung Hee menerusi Soompi.

Pasangan ini berkahwin pada Julai 2014 dan mereka dikurniakan anak perempuan, Yeon Woo pada Disember 2015.

Jantina dan tarikh kelahiran anak kedua mereka masih dirahsiakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");