Isu Panas

PAS Tak Gentar DAP Bertanding Kerusi DUN Kota Lama

KOTA BHARU: PAS tidak gentar sekiranya DAP meletakkan calon mereka bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Lama di sini kerana yakin pengundi di kawasan itu tetap menyokong PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata mana-mana parti bebas untuk datang bertanding di sini tetapi jika dilihat sokongan ramai orang bukan Islam kepada kerajaan negeri sekarang sudah mendapat gambaran yang memihak kepada PAS lapor Bernama.

“Saya melihat kehadiran ramai masyarakat bukan Islam seperti pada malam ini sudah cukup membuktikan penerimaan mereka terhadap PAS”, katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pintu Gerbang Dataran Cheng Ho dan Sambutan Pesta Tanglung 2017 oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob malam tadi.

Takiyuddin adalah anggota Parlimen Kota Bharu manakala Datuk Anuar Tan Abdullah adalah anggota Dewan Undangan Negeri Kota Lama.

Ditanya tindakan Parti Amanah Negara (Amanah) yang sering membuat tomahan terhadap PAS, Takiyuddin berkata parti itu sengaja berbuat demikian untuk mencari sokongan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");