Perak Hari Ini

“Pelik Kenapa Budak Ini Sering Serang Saya”-Hamidah

IPOH:Bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Datuk Hamidah Osman mengakui berasa pelik dengan tindakan Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman yang disifatkannya sering menjadikan dirinya sebagai bahan serangan.

Jelasnya, Syed Saddiq yang boleh diibaratkan seperti anak itu terusan mengaitkannya dengan pelbagai perkara termasuk yang terkini dakwaan menerima wang sokongan daripada pihak tertentu.

“Ketika keluar parti saya tidak mengaitkan dengan sesiapa tetapi setiap kali Syed buka mulut sayalah yang menjadi bahan serangannya.

“Saya tiada masalah dengannya kerana bagi saya dia seorang budak pangkat anak saya cuma tidak tahu kenapa dia begitu, atas arahan sesiapa saya tidak tahu.

“Tapi saya agak pelik kenapa budak ini ingin menyerang saya ..dia pernah mendakwa saya agen UMNO dan menghalau saya dengan perkataan berambus serta mengatakan saya hiproktit, pengkhianat,” katanya yang terdahulu tampil untuk membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah SPRM Ipoh di sini hari berkaitan dakwaan dilemparkan Syed Saddiq kepadanya semalam.

Jelasnya lagi, dakwaan sogokan wang tersebut adalah sesuatu yang melampau dan perlu diambil tindakan untuk membersihkan namanya dan kebenaran.

Mengulas mengenai karier politiknya selepas keluar dari Parti PPBM, jelas Hamidah masih dalam tempoh berehat serta mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");