Berita Hari Ini

Pemandulan Sekat Pertambahan Pelarian Rohingya

DHAKA: Bangladesh bercadang memperkenalkan proses pemandulan secara sukarela di kem Rohingya yang sesak, dengan hampir sejuta pelarian berebut ruang, selepas usaha menggalakkan perancangan keluarga gagal.

Menurut laporan BH Online, menerusi AFP, Lebih 600,000 pelarian Rohingya tiba di Bangladesh sejak keganasan tentera di Myanmar Ogos lalu menyebabkan kebanjiran itu.

Ketibaan terbaru menyertai ratusan ribu pelarian Rohingya yang melarikan diri lebih awal dari negeri Rakhine.

Ketua perkhidmatan perancangan keluarga di Cox’s Bazar, Pintu Kanti Bhattacharjee, berkata kesedaran mengenai perancangan keluarga dalam kalangan Rohingya sangat rendah.

“Seluruh komuniti ketinggalan,” katanya, merujuk kepada kekurangan pendidikan diperoleh di Myanmar yang menganggap Rohingya sebagai pendatang haram dan dinafikan akses kepada banyak perkhidmatan.

Bhattacharjee berkata, saiz keluarga besar perkara biasa di kem, yang menyaksikan ada sebahagian ibu bapa mempunyai 19 anak dan ramai lelaki Rohingya memiliki isteri lebih daripada satu.

Pihak perancangan keluarga membekalkan kondom untuk mengelakkan kehamilan tetapi setakat ini, cuma mengedarkan 549 peket kondom kepada pelarian tetapi mereka enggan menggunakannya.

Mereka meminta kerajaan meluluskan rancangan melancarkan prosedur vasektomi kepada lelaki Rohingya dan tubektomi kepada wanita, kata Bhattacharjee.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");