Perak Hari Ini

Pembangunan LNG Bakal Siap Berperingkat 2019

IPOH: Pembangunan projek jaringan Paip Gas Asli cecair (LNG) sejauh 140 kilometer melibatkan Ayer Tawar ke Lembah Kinta bakal siap secara berperingkat menjelang tahun 2019.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata merupakan satu projek yang dinanti-nantikan semua melibatkan kerjasama bersepadu daripada semua pihak antaranya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Gas Malaysia Berhad dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

“Usaha ini telah menjadi salah satu peluang utama dalam menarik pelabur apabila ia siap kelak,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis ulang tahun ke-49 FFM Perak di Hotel Impiana di sini hari ini.

Turut hadir sama Pengerusi FMM Malaysia Tan Sri Dr.Lim Wee Chai dan Pengerusi FFM Perak Datuk Gan Tack Kong.

Jelasnya lagi, projek sistem bekalan gas asli di Ayer Tawar itu akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dari suku ke-4 tahun hadapan sehingga suku ke-3 2019.

Sementara itu,Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid berkata projek sepanjang 140 kilometer dengan kos sejumlah RM160 juta akan siap pada 2019 secara berperingkat-peringkat dan kini pada tahap 40 peratus pembinaannya.

“Apabila siap kelak 53 industri sedia ada akan mendapat manafaat tetapi dianggarkan lebih banyak lagi industri pelaburan dari dalam dan luar negara.

“Hasil ini akan mengurangkan kos produksi, dan meningkatkan keberkesanan juga keuntungan lebih baik apabila ia menjadi ‘game changer’ kepada pembangunan Lembah Kinta kelak,” katanya.

Terdahulu pembangunan LNG melibtakan peruntukan sejumlah RM160 juta iaitu RM120 juta peruntukan dari Malaysia Gas Berhad,RM10 juta dari kerajaan Negeri dan RM50 juta dari Kerajaan Pusat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");