Membawang Hari Ini

Pembantu Peribadi Vida Ditukarkan

SEPANG: Selepas ‘dilaga-lagakan’ di media sosial dan portal berita, Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida, hari ini mengesahkan beliau tiada hubungan istimewa dengan pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli, 23.

Pengakuan itu dibuat Vida dan Ahmad Iqbal selepas ditemui wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sejurus melepaskan 15 pelajar dan tiga guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah menunaikan umrah di Tanah Suci, petang semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Vida berkata, beliau akui reputasinya serta emosi anaknya terganggu dengan penyebaran kisah cinta palsu antara beliau dan pembantu peribadinya itu sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, beliau juga memohon maaf di atas ‘kekecohan’ yang berlaku itu dan ia tercetus disebabkan sikapnya yang berdiam diri mengenai hal berkenaan.

“Saya harus hentikan perkara ini dan saya ingin jelaskan bahawa saya tiada sebarang hubungan dengan Iqbal.

“Malah, saya juga sudah tukarkan Iqbal ke jabatan lain dan buat ‘marketing’ (pemasaran) jadi, dia tidak perlu lagi menjadi PA saya lagi. Sebenarnya, saya ada empat pembantu yang menjaga pelbagai bahagian dan bahagian Iqbal ini saya kosongkan,” katanya.

Sementara itu, Iqbal berkata, dia akui tidak memberi penjelasan secara tepat mengenai perkara itu sehingga wujud pelbagai cerita.

Menurutnya, dia pula tidak boleh memberikan jawapan sebenar memandangkan majikannya itu sedang menunaikan umrah di Tanah Suci.

“Pelbagai berita tersebar termasuk kononnya ibu saya, Maznuni Che Yusof, 49, merestui hubungan itu sedangkan ibu saya hanya menjawab jodoh itu ketentuan Allah.

“Soal jodoh itu ketentuan tuhan dan kita berusaha yang terbaik dan saya tidak kata saya miliki dia dan saya juga tidak kata dia jodoh saya jadi saya berserah pada takdir,” katanya.

Katanya, dia sebenarnya tidak tertekan dengan isu berkenaan cuma marah apabila ada yang kata Datuk Seri Vida mahukan lelaki muda dan seorang yang gatal.

“Benda (kenyataan) itu sangat sensitif, salahkah dia ingin bahagia dan dia sangat cantik bukan tak (tidak) cantik, masih awet muda dan dia berusaha mengeluarkan produk terbaik.

“Saya meminta semua pihak menghentikan kecaman kepadanya. Saya pula macam terganggu dalam segi kerja, keluarga Datuk Seri Vida juga terganggu.

“Saya juga terkesan dengan isu berkenaan tapi saya ‘stay cool’ (tenang) walaupun orang kata saya nak harta,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");