Jenayah

Pembantu Rumah Dakwa Didera Doktor

KOTA BHARU – Seorang pembantu rumah membuat laporan polis dengan mendakwa didera majikannya seorang doktor wanita sejak awal tahun ini.

Wanita berusia 18 tahun dari Sarawak itu mendakwa dia turut dipukul suami doktor berkenaan.

Mangsa yang tidak tahan dengan perbuatan itu melarikan diri daripada rumah majikannya dan bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, semalam.

Mangsa membeitahu pemberita hari ini, majikannya tidak membayar gajinya sejak Mei lalu dan menuduh mangsa malas berkerja serta sering berbohong.

Remaja yang mempunyai kesan lebam pada tangan dan cedera di muka di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab ll untuk menerima rawatan lapor Bernama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kes berkenaan dan siasatan lanjut akan dibuat bagi mengetahui punca kejadian sebenar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");