Isu Panas

Pemimpin BN Masih Waras: Sohaimi

SHAH ALAM – Pemimpin BN masih waras, sebab itulah diberi kepercayaan oleh rakyat untuk terus memimpin negara.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Sohaimi Shahadan, yang ‘gila’ sebenarnya adalah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Saya kira yang ‘gila’ adalah Guan Eng dan bukannya pemimpin BN. Guan Eng menunjukkan sikap biadab beliau pada majlis itu apabila menjadikan pentas perhimpunan itu sebagai medan untuk memaki hamun pemimpin BN tanpa rasa bersalah dan segan silu.

“Selama tujuh minit Guan Eng berucap tidak kurang 20 perkataan ‘gila’ dan ‘ tidak siuman’ terbit daripada mulut Ketua Menteri Pulau Pinang itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Guan Eng menganggap BN sudah gila, dengan beberapa tuduhan yang dibuat oleh pakatan itu terhadap partinya semasa berucap pada himpunan ‘Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’, semalam.

Mengulas lanjut mengenainya, Sohaimi mempersoalkan kredibiliti Guan Eng sebagai pemimpin pembangkang.

Menurutnya, Guan Eng jelas gila kuasa apabila masih mahu memimpin kerajaan walaupun disabitkan dengan kes rasuah.

“Masih mahu bertanding dalam CEC DAP meskipun sudah memegang jawatan Setiausaha Agung DAP. Kegilaan Guan Eng juga amat jelas apabila mahu memastikan DAP mendominasi Pakatan sekaligus menobatkan bapanya sebagai Perdana Menteri.

“Bagi saya rakyat boleh menilai adab dan akhlak pemimpin pembangkang. Malah, saya yakin rakyat tidak akan memberi mandat kepada kepemimpinan yang angkuh dan biadab ini,” katanya lagi lapor Sinar Harian.

Beliau turut menyimpulkan ‘Himpunan Rakyat Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ yang berlangsung malam tadi gagal mencapai sasaran diharapkan.

“Ia dijadikan medan oleh pemimpin Pakatan untuk memaki hamun pimpinan Umno dan kerajaan BN.

“Begitulah akhlak yang ditunjukkan pemimpin Pakatan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");