Jenayah

Penang Forum Pernah Dedah Pemotongan Bukit

GEORGETOWN: Pertubuhan bukan kerajaan, Penang Forum (PF) pernah mendedahkan kegiatan menarah lereng bukit di tempat tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini.

Jurucakapnya, Dr Lim Mah Sui, berkata pihaknya melalui inisiatif ‘Penang Hills Watch’ sudah memberikan maklumat lengkap mengenai pemotongan bukit di kawasan itu kepada Kerajaan Pulau Pinang pada awal tahun ini .

“Kita sudah mengumpul semua maklumat mengenai aktiviti pemotongan bukit di lokasi kejadian dan menyerahkan kepada kerajaan negeri pada Januari lalu.

“Malah, kita juga sudah membentangkan gambar pembinaan dan pemotongan bukit berkenaan dan dalam jawapan balas, kerajaan negeri mendakwa bahawa aktiviti itu sedang dipantau,” katanya pada sidang media di sini, hari ini, lapor BH Online.

Mengulas lanjut, Mah Sui berkata, pihaknya membangkitkan isu sama pada Mei lalu, namun kecewa kerana tiada maklum balas diterima daripada kerajaan negeri.

“Sebelum ini, kerajaan negeri menerusi Garis Panduan Keselamatan Pembangunan Lereng Bukit memaklumkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang perlu memperkasa unit geoteknikal sebelum meluluskan permohonan untuk pembangunan di lereng bukit selain akan melaksanakan penguatkuasaan tegas.

“Satu pasukan pemantau akan ditubuhkan untuk memastikan pematuhan dalam pembinaan prestasi dan pemantauan prestasi cerun. Namun, adakah kerjaan negeri benar-benar menguatkuasakannya?,” katanya.

Kira-kira jam 8.50 pagi semalam, seramai 11 mangsa terperangkap dengan tiga daripadanya berjaya diselamatkan dalam runtuhan tanah di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");