Laporan Eksklusif

Pengundi Cina Bertambah Di Tebrau Dan Gelang Patah: Mengapa Nga Tak Kata Pengundi Hantu

Meroyan Nga Kor Ming sudah mula dek kerana pilihanraya yang semakin hampir tambahan lagi apabila mengetahui sokongan pengundi Melayu kini sudah berubah

Hentam dari segenap sudut dan ruang, itulah karakter pemimpin tertinggi DAP Perak, Nga Kor Ming. Atas sebab itu beliau boleh dikatakan pakar dalam aspek memutarbelit isu dan terbaru isu ‘Undi Hantu’.

Sibuk sangat nak tuduh BN bawa pengundi hantu lain tapi bila kena batang hidung sendiri pandai pula berdiam diri dan cuba menidakkan.

Daftar pemilih yang dikeluarkan yang terbaru digazetkan berakhir 30 Jun 2017 menunjukkan peningkatkan jumlah pengundi Melayu di negeri Perak melepasi 50 peratus iaitu 50.43 peratus.

Jadi ia menimbulkan kegelisahan pertambahan pengundi dan andaian bahawa Perak bukan negeri berasaskan Melayu sudah berubah jadi dia terpaksa mencipta cerita kononya BN membawa pengundi hantu ke negeri ini.

Nga sering menyebut angka yang tidak betul tetapi untuk menarik perhatian dan menyakinkan orang ramai dakwaan angka itu direka dan dihebahkan.

Persoalannya, mengapa Nga hanya menuding jari pada BN sedangkan terdapat juga dakwaan pengundi hantu yang dibawa DAP.

Tidakkah itu menunjukkan niat jahat Nga.

Terdapat dakwaan berhubung maklumat daftar pemilih yang mendapati sebanyak 607 orang pengundi Cina dari Perak telah berdaftar ke kawasan Tebrau, 443 pengundi pula berpindah ke Pulai serta 311 berdaftar di Gelang Patah.

Dakwaan ini apa pula istilahnya.

“Ini siapa nak jawab ni? tempat yang strategik..siapa nak jawab ni.. kalau nak ikut tuduhan saya boleh tuduh mengatakan bahawa Nga Kor Ming dan DAP telah berniat jahat bawa pengundi-pengundi hantu secara lompat ataupun terbang pergi ke Johor..jadi kalau kita nak bermain macam tu tak selesai.

“Sebab itu saya nak nasihatkan Nga Kor Ming dia kena gentlemen berpolitik sebab dia bukan orang baru sudah empat penggal jadi wakil rakyat bukan sahaja Adun dia juga ahli Parlimen.

“Jadi untuk mengambarkan kita seorang ahli politik yang matang maka kita jangan cuba kelirukan orang ramai dengan angka-angka ini . . . itu tak betul dan orang ramai pun tak perlulah melayan angka-angka ini sebab mereka yang sama pernah menuduh BN bawa 40,000 orang Bangla sampai sekarang tidak dapat dibuktikan.

“Maknanya cerita ada pengundi hantu semua rekaan semata-mata sebab dia telah set alasan untuk kalah…sekarang dia kata 56, 323 pengundi hantu ni dah siap set dah nanti akan kalahlah dia (pembangkang) dalam pru ke 13 dengan sendiri dia cakap kepada pengundi-pengundi penyokong-penyokong dia…kita kalah bukan kerana kita lemah tapi kita kalah kononnya kerana BN bawa pengundi hantu..dia dah siap dah alasan.

“Ini orang yang telah menyediakan alasan untuk kalah dan dia akan kalah sebab itu dia sudah menyediakan semua ini,” kata Datuk Saarani Mohamad

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");