Jenayah

Peniaga Runcit Ditahan Jual Rokok Seludup

JOHOR BAHRU — Seorang peniaga kedai runcit berusia 35 tahun ditahan kerana didapati menjual rokok seludup bernilai kira-kira RM15,000 dalam serbuan di Felda Penggeli Timur, dekat Kota Tinggi, semalam.

Serbuan kira-kira 7 malam itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi berdasarkan maklumat risikan.

Dalam serbuan itu, polis merampas sebanyak 189 karton rokok seludup pelbagai jenama termasuk Canyon, Gudang Garam, John British, CA dan Semporna, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ashmon Bajah dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, polis masih menyiasat sumber penyeludupan rokok berkenaan di bawah Seksyen 135 Akta Kastam.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");