Perak Hari Ini, Sukan Hari Ini

Perak Vs JDT: TBG MOBS Mohon Adakan Layar Gergasi Buat Penyokong

IPOH: Persatuan Penyokong Bola Sepak Perak atau dikenali sebagai ‘The Bos Gaurus – More Organise Brotherhood Soul’ (TBG MOBS) memohon agar Persekutuan Bola Sepak Perak (PAFA) dapat bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi menyediakan layar gergasi bersempena dengan perlawanan saingan separuh akhir TM Piala Malaysia 2017 antara Perak dan JDT.

Presidennya, Shamsul Baharin Putra berkata pemohonan tersebut dibuat berikutan tiket perlawanan yang bakal berlangsung pada Ahad di Stadium Perak telah laris terjual.

“Saya difahamkan 1,000 tiket diperuntukkan untuk setiap daerah dan kini dikatakan 10,000 telah terjual.

“Kami di kelab penyokong pula diperuntukkan hanya beberapa ribu sahaja.

“Saya difahamkan masih ramai lagi yang mahu menonton perlawanan ini dan kita berharap permohonan kita ini dipertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan program Himpunan Warga TBG MOBS di Stadium Perak, dekat sini pada Jumaat.

Dalam pada itu beliau juga yakin Perak dapat mengalahkan JDT dan pada masa sama, Kedah bakal menundukkan Felda United.

“Sejarah 2007 akan berulang di mana Perak bakal bertemu Kedah cuma bezanya, Perak yang akan menjulang piala kejuaraan,” ujarnya yang juga mensasarkan Perak membawa mata 3-0 bagi mendapat kedudukan selesa apabila berada di Stadium Larkin, Johor Bahru kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");