Isu Panas

Permohonan Tunku Abdul Aziz Ditolak

KUALA LUMPUR: Permohonan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim untuk membatalkan saman bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berhubung dakwaan isu pakatan sulit melibatkan dirinya dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Nordin Hassan dalam keputusannya menolak permohonan Abdul Aziz dengan kos RM4,000 atas alasan terdapat isu untuk dibicarakan.

Menurut laporan Utusan Online, perbicaraan akan didengar 11, 12,18 dan 19 Januari tahun depan.

Mukhriz selaku plaintif menamakan Tunku Abdul Aziz, 83, sebagai pihak defendan mendakwa pada 30 Disember tahun lalu, defendan ada mengeluarkan satu kenyataan bertajuk ‘Memang Wujud Pakatan Sulit antara Tun Mahathir dan Kit Siang’ dan dilaporkan di dalam blog AIDCNews.

Mukhriz mendakwa, pada 1 Januari lalu, pihaknya ada membuat penafian secara terbuka dan mengemukakan notis tuntutan meminta defendan membuktikan kenyataan fitnah itu, sekiranya gagal, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap defendan.

Bagaimanapun, pada 3 Januari lalu, defendan ada menerbitkan atau menyebabkan terbit satu lagi kenyataan media bertajuk ‘Tunku Abdul Aziz gesa Mukhriz, Kit Siang buat pengakuan bersumpah’

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");