Membawang Hari Ini

Perompak Bawa Lari Beg Tangan Mewah Mariah Carey

PENYANYI Mariah Carey mengalami kerugian berjumlah AS$50,000 (RM200,000) apabila kediaman mewahnya yang terletak di Los Angeles dipecah masuk perompak pada awal pagi Khamis.

TMZ melaporkan penjenayah tidak melarikan barangan berharga milik Mariah seperti barang kemas dan wang tunai sebaliknya memilih membawa lari beg tangan dan aksesori berjenama untuk dicuri.

“Banyak barang berharga dalam rumah itu tetapi peliknya mereka hanya mencuri beg tangan dan aksesori manakala barang kemas yang bernilai jutaan dollar tidak dibawa lari,” kata sumber tersebut.

Bagaimanapun Mariah bernasib baik kerana ketika kejadian dia berada di New York bersama dua anaknya, Monroe dan Morrocan.

Dalam pada itu, pihak penyiasat kes itu memberitahu penjenayah memecah masuk menerusi tingkap bahagian atas kediaman itu kira-kira pukul tiga pagi.

Kejadian itu tidak disedari oleh pengawal keselamatan kerana sistem penggera rumah itu mengalami kerosakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");