Sukan Hari Ini

PKNP FC Peteh Penyu

PKNP FC merealisasikan hajat meraih tiga mata di gelanggamg sendiri apabila menewaskan Terengganu, di Stadium Perak, malam ini.

Import Korea Selatan, Hyeon Woo Kim muncul wira dengan meledak dua gol manakala import Brazil, Gilberto Valdenesio menjaringkan satu gol bagi mengesahkan kemenangan penuh bermakna skuad kendalian Abu Bakar Fadzim, itu memetik laporan Sinar Harian.

Bagaimanapun, Terengganu lebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila membuka jaringan menerusi pemain import Tchetche Kipre seawal minit ke-6.

Tersentak dengan gol berkenaan, kesebelasan PKNP FC bingkas bangkit mengasak ke gawang lawan bagi menyamakan kedudukan.

Namun, deretan peluang di depan gawang Terengganu gagal disempurnakan oleh jentera serangan PKNP FC selain berjaya dikekang pertahanan pelawat hingga tamat babak pertama.

Babak kedua menyaksikan PKNP FC mula menggandakan asakan dan hasilnya, Gilberto berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-51.

Bagai mendapat semangat baharu, PKNP FC kemudiannya menambah jaringan menerusi Woo Kim pada minit ke-65.

Dua minit berselang, Woo Kim sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-67 hasil rembatan leret yang menewaskan penjaga gol The Turtles, Mohd Suffian Abdul Rahman.

Terengganu beraksi 10 pemain pada masa kecederaan apabila Gabriel Dos Santos diperintah keluar padang setelah dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari pemain PKNP FC.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");