Perak Hari Ini

Polis Perak Berkas Dua Lelaki Sindiket Pengedaran Dadah

IPOH:Polis Perak memberkas dua lelaki yang merupakan ahli sindiket pengedaran dadah dan merampas dadah jenis syabu dan pil Eramin 5 bernilai RM200,000 dalam operasi pada Selasa lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata menerusi serbuan pada 9.20 pagi, dua lelaki berusia 37 dan 40 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak di tempat letak kereta sebuah kondominium di Ipoh.

Katanya lagi, hasil pemeriksaan terhadap dua lelaki terbabit telah mememukan dadah jenis Methamphetamine (syabu) beranggaran seberat 2100 gram atau 2.1 kilogram dan Eramin 5 berjumlah 2,000 biji (570 gram).

“Kedua-dua lelaki tersebut tidak berkerja dan hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berbabit kes jenayah dan dadah,”katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh, hari ini.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati suspek berasal dari Jinjang, Kuala Lumpur dipercayai mengedarkan dadah menerusi satu sindiket yang beroperasi di Kuala Lumpur.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Ujian saringan awal air kencing turut mendapati kedua-dua lelaki terbabit positif dadah jenis syabu,” katanya.

Nilai rampasan dadah adalah berjumlah RM177,000 dan turut dirampas wang tunai bercampur sebanyak RM5,000.

Sementara itu pada perkembangan lain, Hasnan berkata aktiviti penyalahgunaan dadah di Perak kini walaupun terkawal tetapi masih dalam keadaan membimbangkan.

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak bagaimanapun sentiasa menjalanakan penguatkuasaan proaktif untuk mengekang gejala ini daripada berleluasa,” katanya.

Jelasnya, sebanyak 6,177 orang ditangkap menunjukkan peningkatan sebanyak 18 peratus dan sebanyak 4,219 orang tangkapan kerana memiliki dadah pula menunjukkan peningkatan sebanyak 22 peratus.

Bagi rampasan dadah sintetik melibatkan dadah syabu 82,803 gram, ketamin 935.44 gram, pil ekstacy 2,489 biji,pil yaba 180,001 biji dan pil erimin 5 sebanyak 18,516 biji manakala tradisional ganja sebanyak 76,788 gram dan heroin 34,835 gram.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah adalah sebanyak RM10.8 juta dengan nilai sitaan berjumlah RM5.2 juta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");