Jenayah

Polis Rampas Ecstasy Hampir Setengah Juta

JOHOR BAHRU: Polis merampas kira-kira 4.5 kilogram (kg) dadah pil ecstasy bernilai lebih RM451,000 selepas menahan empat individu, dalam serbuan di sebuah hotel bajet, di Setia Tropika, Kempas, dekat sini.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.50 pagi Jumaat lalu, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara menahan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 29 tahun dan seorang wanita berusia 33 tahun, selain seorang warganegara Indonesia berusia 39 tahun.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, berkata polis turut dirampas dadah jenis syabu seberat 5.08 gram yang ditemui di atas meja hotel berkenaan, selain wang tunai berjumlah RM1,000.

“Siasatan awal mendapati semua dadah terbabit digunakan untuk pasaran tempatan terutama dibekalkan di pusat hiburan sekitar bandar raya ini.

“Kesemua suspek dipercayai menetap lebih seminggu di hotel itu dan menggunakan modus operandi berpindah dari satu tempat ke tempat lain bagi menyediakan pek bekalan dadah sebelum diedarkan di sekitar bandar raya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini, menurut laporan BH Online.

Mohd Taib berkata, kesemua suspek warga tempatan yang ditahan mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah, selain disahkan positif dadah jenis Methamphetamine ketika serbuan.

“Kita percaya masih terdapat ahli kumpulan yang terbabit dengan sindiket ini dan polis akan menjalankan siasatan lebih terperinci untuk mengesan mereka,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");