Perak Hari Ini

Port Judi ‘Haram’ Disebalik Fun Fair

IPOH: Disebalik keindahan lampu neon dan beberapa permainan kanak-kanak seperti buaian pusing dan kereta langgar, ada sesuatu yang mencurigakan di sebuah fun fair dekat Jalan Pasir Putih, di sini.

Dikatakan fun fair tersebut telah beroperasi sejak Ramadhan tahun ini lagi dan menjadikan ia sebagai medium untuk mengaburi port judi haram berkenaan.

Terletak berhampiran dengan pasaraya Aeon Stesen 18 ternyata membuatkan orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu tidak menyangka wujudnya port judi di Fun Fair berkenaan.

Walau bagaimanapun, menurut penduduk tempatan selepas beberapa bulan beroperasi jumlah kedatangan pengunjung di situ semakin berkurangan.

Namun, anehnya, ia masih beroperasi seperti biasa.

Semalam,  krew PerakToday sempat meninjau ke kawasan fun fair tersebut dan apa yang mengejutkan terdapat permainan yang berunsurkan judi beroperasi di situ.

Sebuah gerai berkhemah memanjang menjadi tumpuan pengunjunh yang hadir tanpa mengira latar belakang agama dan usia.

Menurut sumber, satu token bernilai RM2 dan ia akan dipertaruhkan kepada mana-mana nombor yang dirasakan bertuah.

Bagi si pemenang yang berjaya membolot token yang berfungsi seperti cip judi itu, dipercayai boleh menukarkan ia kepada wang tunai di sebuah kaunter yang disediakan.

 

Taktik  licik ini berjaya mengaburi mata orang ramai yang mungkin lalu-lalang di kawasan berkenaan dengan menggantungkan anak-anak patung di gerai mereka seperti mahu dilihat seolah-olah permainan fun fair yang biasa dilihat di tempat lain.

Beberapa permainan di situ juga tidak berfungsi dan dipercayai ia bagi tujuan yang sama.

Apa yang lebih memalukan, terdapat pengunjung port judi berkenaan di kalangan orang Islam sama ada muda mahupun tua.

Masing-masing asyik bermain judi sehingga tidak perasaan krew kami yang sedang memerhati.

Mungkin pihak berwajib dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung aktiviti haram ini daripada terus beroperasi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");