Jenayah

‘Power Bank’ Punya Angkara

KANGAR: Kereta Perodua Kancil musnah 10 peratus dipercayai akibat alat pengecas mudah alih atau ‘power bank’ yang diletakkan di bahagian kerusi penumpang depan, tiba-tiba terbakar kerana bahang panas, dalam kejadian berhampiran pusat penjualan kereta Perodua di Persiaran Jubli Emas, di sini, semalam.

Saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian 11.30 pagi itu dia terlihat kepulan asap keluar dari kereta itu sebelum dia bersama orang ramai bertindak memadam api dari dalam kereta itu.

Menurutnya, dia mendapati api itu terbakar dari tempat duduk penumpang depan menyebabkan mereka terus menyimbah air ke dalam kereta itu melalui tingkap yang terbuka sedikit sebelum berjaya memadamkan kebakaran itu.

“Sebaik api berjaya dipadamkan, kami menemui ‘power bank’ di bahagian tempat duduk penumpang itu yang mungkin penyebab kebakaran itu,” katanya, menurut laporan Harian Metro.

Bagaiamanapun usaha untuk menemubual pemilik kereta itu gagal selepas dia enggan ditemubual wartawan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Perlis) berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 11.53 pagi dan tiba di lokasi kejadian tujuh minit kemudian.

“Bagaimanapun sebaik tiba mendapati api sudah berjaya dipadamkan orang awam yang kebetulan berada di situ.

“?Kemusnahan kereta berkenaan sebanyak 10 pera tussahaja dan ketika pintu dibuka kita menemui ‘power bank’ yang musnah terbakar di tempat duduk penumpang,” katanya.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran itu sama ada alat pengecas mudah alih itu atau tidak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");