Perak Hari Ini

‘Program Jom Bantu Rakyat’ Dapat Sambutan Baik

Selama:Lebih 1,000 masyarakat berbilang kaum dari kawasan Dun Selama memeriahkan ‘Program Jom Bantu Rakyat’ yang berlangsung di Sekolah Agama Rakyat Bukit Bertam, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selama, Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff berkata, program yang berkonsepkan mendekati masyarakat tempatan itu bertujuan membantu rakyat dalam mencari jalan penyelesaian berhubung isu yang berkait dengan agensi kerajaan.

Katanya, lebih 20 agensi kerajaan dan swasta terlibat dalam menyediakan pameran dan perkhidmatan secara terus kepada rakyat.

“Program yang mensasarkan khususnya kepada rakyat dengan menerima manfaat daripada program kali ke tiga ini anjuran Pusat Khidmat Dun Selama.

“Ianya sebagai satu usaha pihak kerajaan memastikan rakyat mendapat pembelaan ke peringkat akar umbi diteruskan,”katanya.

Turut hadir Yang Dipetua Majlis Daerah Selama, Mohd Amzari Mohd Arzami dan Ahli-ahli Pengerusi Jawatankuasa Kampung agensi kerajaan dan swasta.

Katanya, dalam program tersebut pihaknya turut meluluskan dana peruntukan sebanyak RM 5,000 untuk pembinaan Pos Rela di Kampung Batu7, Bukit Bertam demi kesejahteraan rakyat.

“Dalam program tersebut pihaknya turut menyampaikan Bantuan Peralatan sebanyak 50 penerima dari Yayasan Perak pada setiap lokasi yang dikunjungi.

“Selain itu, pelbagai sumbangan turut disumbangkan dalam prgram tersebut,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");