Perak Hari Ini

Program Turun Padang Beri Penjelasan Tepat Pada Rakyat- MB Perak

PARIT:Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan program turun padang bagi bertemu rakyat adalah satu pendekatan yang diinginkan oleh rakyat.

Malah jelasnya, program tersebut telah bertahun dilaksanakan pihak Kerajaan Negeri yang terbukti memberikan manfaat juga maklum balas yang baik.

“Program bersama komuniti adalah satu program turun padang yang rakyat mahukan, seperti contoh program permukiman Menteri Besar di Parit saya sendiri turun bergaul dengan masyarakat, bermain dengan dengan dan bukan ‘memainkan’ rakyat,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian pada Program Negaraku@Komuniti peringkat Perak di Bota Kanan di sini, hari ini.

jelasnya lagi, biarpun menerima kritikan hebat dari pihak pembangkang terutamanya program tersebut tetap menjadi ruang untuk kerajaan berinteraksi dengan rakyat.

“Biarlah ada pihak yang tak ada apa ingin dibuat kerana apa sahaja Kerajaan buat semua tidak betul baginya, tetapi kita perlu turun untuk berinteraksi dengan rakyat.

“Dalam konteks negeri Perak, kita sudah bertahun lakukan program turun padang melalui program pemukiman atau sebelum ini Klinik Dr Zambry dan program Padang, Perasaan dan Penyelesaian (PPP),” katanya.

 

Hadir sama pada program itu Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata pihak pembangkang sering menyebarkan berita palsu untuk menakut-nakutkan rakyat dengan pelbagai dakwaan yang tidak berasas.

“Mereka mendakwa kerajaan teruk, akan muflis, rasuah teruk jika ia benar pastinya ekonomi negara kini semakin hancur namun sebaliknya malah ekonomi negara makin berkembang.

“Pelbagai dakwaan yang menyatakan kerajaan tidak membantu rakyat, padahal kita bersungguh membantu rakyat..salahkan kita menggunakan slogan ‘tiada yang tertinggal tiada yang terpinggir?,” katanya.

Katanya lagi, pemimpin perlu terus turun mendekati rakyat melibatkan pelbagai lokasi secara menyeluruh bagi memberi penjelasan dan maklumat tepat berkaitan kerajaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");