Perak Hari Ini

Pulau Pangkor Jadi Pulau Bebas Cukai Satu Pengumuman Bersejarah -MB Perak

PANGKOR:Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan pengumuman Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai oleh Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2018 hari ini sebagai satu pengumuman yang bersejarah buat semua rakyat negeri ini.

Jelasnya lagi,adalah menjadi satu keperluan bagi Pulau Pangkor menjadi pulau bebas cukai dalam konteks tersendiri iaitu tidak melibatkan cukai bagi barangan seperti alkohol dan rokok serta kenderaan bermotor.

Katanya pelbagai item lain boleh diberikan fokus utama seperti barangan coklat, pinggan mangkuk atau pakaian serta pelbagai lagi.

“Kita mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga terhadap sikap perihatin dan mendengar tentang perkara yang disuarakan oleh pemimpin peringkat negeri.

“Ia satu berita yang sangat besar dan menggembirakan buat rakyat perak dan penduduk pulau sendiri,” katanya yang ditemui selepas menghadiri program permukiman Menteri Besar di Manjung hari ini.

Katanya lagi, Pulau Pangkor boleh dijadikan sebagai satu lagi mercu tanda yang membolehkan pertumbuhan ekonomi dapat dilaksanakan dalam negeri Perak.

“Ia satu pengumuman yang bersejarah dan merupakan bukti kepada janji manifesto Barisan Nasional pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang lepas,” katanya.

Katanya lagi,bagi pembangunan tersebut kerajaan negeri akan merujuk kepada Kementerian Kewangan yang dirangka menjelang awal tahun depan.

Zambry turut mengakui ia merupakan satu usaha yang tidak putus-putus daripada pihaknya bagi melihat Pulau Pangkor sebagai sebuah pulau bebas cukai sehingga diumumkan hari ini secara rasmi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");