Membawang Hari Ini

Raja Ilya Dituduh ‘Propa’

SIAPA sangka, niat baiknya untuk berkongsi berita gembira mengenai lamaran diterima daripada syarikat produksi gergasi antarabangsa bertukar menjadi kontroversi buat aktres ini.

Masakan tidak, disebabkan berita demi berita yang keluar, ada yang menuduh Raja Ilya sekadar ‘propa’ atau mengada-gadakan cerita mengenai tawaran membintangi sebuah filem yang bakal dikeluarkan Marvel Studios.

Tidak mahu melatah dengan tuduhan yang dilemparkan, Ilya, 32, berkata, dia kini mahu mengambil langkah berdiam diri dan meminta diberikan sedikit masa.

“Demi menjaga nama semua pihak dan menuruti perjanjian yang telah dipersetujui, maka saya akan ambil langkah untuk berdiam diri dan biarlah pengumuman mengenai penglibatan saya dibuat oleh pihak sana (Marvel Studios).

“Tidak dinafikan saya agak terasa dengan kata-kata orang yang menuduh saya mengadakan cerita tapi saya tahu apa yang sedang berlaku dan pihak yang sepatutnya juga tahu apa yang berlaku.

“Tunggulah sedikit masa lagi dan lambat laun orang akan tahu juga. Saya tak kisah orang nak kata apa lagi selepas ini sebab saya tahu benda (projek) itu ada. Saya cuma angap mereka tak faham,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ilya berkata, demi membuat persiapan rapi sebelum keluar negara, dia sudah membuat banyak pengorbanan dari segi wang ringgit, masa dan kerjaya di sini.

“Tahun ini, banyak syarikat produksi dapat job dari stesen TV dan secara tidak langsung, banyak jugalah job untuk artis, termasuklah saya.

“Tapi kerana komitmen dan persediaan awal, saya terpaksa menolak banyak tawaran.

“Bukan itu sahaja, saya juga bersedia untuk korbankan wang ringgit dan berada di sana lebih awal sekiranya diperlukan. Saya juga merancang untuk mencuba nasib menjalani ujibakat di luar negara semasa berada di sana.

“Walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga lama nanti, tapi saya sudah bersedia,” jelasnya.

Tidak melihat apa yang dilakukan sebagai satu pembaziran, Ilya berkata, dia melihat apa yang dilakukan ini sebagai pengorbanan untuk jangka masa pendek.

“Ada selebriti berkorban sebelum mereka dikenali di pentas antarabangsa dan akhirnya mereka dapat pulangan yang dibanggakan.

“Saya rasa apa yang saya buat ini cuma pengorbanan kecil dan kita tidak punya masa yang panjang untuk mengulangi apa yang datang pada masa akan datang. Jadi saya cuma mahu manfaatkan peluang itu,” katanya yang bersyukur kerana mendapat sokongan padu dari keluarga dan kekasih.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");