Jenayah

Rasuah: Bekas Kakitangan Pejabat MB Direman

SHAH ALAM – Bekas kakitangan Pejabat Menteri Besar Selangor yang ditahan semalam direman tiga hari bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa dalam pemberian projek membekal cenderahati ke pejabat Menteri Besar Selangor membabitkan RM16,566 tahun lalu.

Tahanan reman terhadap wanita berusia 38 tahun itu bermula hari ini.

Selain itu, pemilik syarikat pembekalan cenderahati berusia 59 tahun dan isterinya, 52, turut direman mengikut tempoh sama.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Alam, Khairul Nizam Abu Bakar selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kesemua suspek ditahan semalam memetik laporan Sinar Harian.

Siasatan ke atas ketiga-tiga suspek yang ditahan semalam, dibuat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");