Jenayah

Rasuah Di Sabah: Seorang Lagi Suspek Ditahan

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang  lelaki berusia 33 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana awam di Sabah.

Difahamkan, lelaki terbabit adalah menantu ahli perniagaan berumur 52 yang juga adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Dia ditahan kira-kira jam 5.15 petang tadi selepas dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM Kota Kinabalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu, namun enggan mengulas lanjut.

Berikutan penahanan terbaru itu, lapan individu sudah ditahan berhubung siasatan kes terbabit, termasuk empat ahli politik dan seorang penjawat awam.

Penahanan itu dipercayai ada kaitan dengan siasatan kes penyelewengan RM1.5 bilion dana awam untuk pembangunan luar bandar yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah antara tahun 2009 hingga 2015.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");