Perak Hari Ini

‘Are You Ready To Face The Future Industries’: Cara MB Inc. Bantu Pelajar Tentukan Masa Depan

Sitiawan- Penganjuran program motivasi yang bertajuk ‘ Are You Ready To Face The Future Industries’ sempena pemukiman YAB Menteri Besar Perak di Daerah Manjung dianggap sebagai satu initiatif baik kepada golongan pelajar.

Program yang dianjurkan oleh Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) itu ternyata memberi gambaran kepada pelajar yang bakal menduduki SPM mengenai hala tuju mereka di alam universiti nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Dato’ Mohammad Zahir Bin Dato’ Abdul Khalid berkata, melalui program seumpama itu, ia sekaligus dapat merapatkan jurang antara pemimpin dan pelajar ataupun warga pendidik.

“Selain dapat mendekati mereka, kita juga dapat merungkai permasalahan yang dihadapi oleh pelajar lepasan SPM, STPM ataupun setarafnya yang dilihat sebagai landasan bagi menentukan pemilihan kursus yang bersesuaian mengikut kemahiran dan minat.

“Pemilihan kursus yang bersesuaian adalah sangat penting bagi pelajar sebagai persediaan ke alam pekerjaan,” katanya.

Justeru jelas beliau, melalui program berkenaan pelajar dapat mempersiapkan diri mereka untuk melangkah ke alam pekerjaan mahupun alam perniagaan di dalam industri pada masa akan datang.

Terdapat pelbagai program motivasi yang telah disusun mengikut portfolio exco-exco kerajaan diadakan sempena Program Permukiman YAB Menteri Besar Perak di Daerah Manjung.

Program motivasi ‘ Are You Ready To Face The Future Industries’ sebelum ini telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc., Dato’ Aminudin Hashim di SMK Methodist ACS, Sitiawan.

Program ini telah disertai seramai 200 pelajar yang terdiri daripada tingkatan 5 dan tingkatan 6.

Dalam setiap program permukiman di mana-mana daerah kerajaan negeri akan mengkhususkan program berkonsepkan santai bual bicara, pendekatan ke setiap sekolah dan penggunaan cara kreatif untuk memahami cabaran anak muda pada masa kini.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");