Perak Hari Ini

Remaja Maut Motosikal Bertembung Ambulans

TAIPING:Seorang remaja 11 tahun, maut setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan Ambulans dalam satu kemalangan di Jalan Kampung Senduk Tengah di sini pagi tadi.

Menurut sumber Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 11 pagi tadi.

Difahamkan remaja terbabit maut di lokasi kejadian manakala pemboceng motosikal tersebut seorang remaja perempuan mengalami kecederaan.

Manakala pemandu Ambulan dan pegawai perubatan turut mengalami kecederaan.

“Kemalangan melibatkan sebuah ambulans hospital yang bertembung dengan sebuah motorsikal dan penunggang motosikal didapati telah terperosok dibawah ambulans telah dikeluarkan oleh orang awam dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,”kata sumber.

Mayat mangsa yang diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");