Berita Hari Ini

Rindu Ibu Terubat, Nurul Farhana Akhirnya Pulang Selepas Dua Tahun Hilang

SEPANG: Penantian seorang ibu untuk memeluk anak perempuan tunggalnya yang tidak ditemui selama dua tahun berakhir apabila Nurul Farhana Ahmad, 25, berjaya dibawa pulang dari Indonesia, semalam

Normah Yusof, 51, menyambut ketibaan anaknya itu di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada  jam 2.35 petang semalam.

Dia yang ditemani ahli keluarganya tidak dapat menahan sebak sejurus melihat wajah anak keempat daripada lima beradik yang mendukung seorang anak kecil berusia setahun itu.

Rombongan misi membawa pulang Nurul Farhana ke Malaysia diketuai Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Dua beranak berkenaan saling berpelukan dan melepaskan rindu dengan disaksikan oleh ahli keluarga terdekat yang turut menyambut kepulangan Nurul Farhana.

Budiman berkata, beliau bersyukur segala cabaran dalam membawa pulang Nurul Farhana ke tanah air dipermudahkan.

“Misi kita membawa balik Farhana dan anaknya yang menghilangkan diri selama dua tahun di Indonesia selamat dipertemukan dengan keluarganya. Ada pengalaman yang sangat mahal harganya dilalui Farhana,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di KLIA, di sini semalam, seperti dilaporkan Sinar Harian.

Menurutnya, usahanya itu dipermudahkan dengan gerak kerja Kedutaan Malaysia di Indonesia melalui Duta Besar, Datuk Seri  Zahrain Hashim, kedutaan Indonesia di Malaysia melalui Rosdi Kirana, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dan Imigresen Indonesia.

“Untuk membawa pulang Farhana ini, kita menggunakan pendekatan People to People (P2P) iaitu melalui NGO Nusasentris Malaysia – Indonesia untuk berunding dengan ketua daerah dan keluarga di Batubara.

“Inilah perbezaan MP Barisan Nasional dan Pakatan. Kita dilatih dengan politik khidmat bakti iaitu menyelesaikan masalah rakyat berbanding mereka menerapkan politik kebencian dan fitnah dalam meraih kuasa dan mendekatkan diri dengan rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");