Jenayah

Rodok Dada Suami Hingga Mati: Wanita Direman Enam Hari

MUAR: Seorang wanita yang dipercayai menikam suami sehingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Pertama Indah, Sungai Abong, di sini semalam diperintah reman selama enam hari oleh mahkamah Majistret Muar hari ini.

Lapor Astro Awani, perintah tahanan reman sehingga 20 Oktober depan itu dikeluarkan Majistret Zuraidah Abu Bakar terhadap suspek berusia 18 tahun itu.

Suspek wanita yang juga bekerja sebagai peniaga makanan di pasar malam dan pasar tani sekitar daerah Muar dan Tangkak itu direman bagi membantu siasatan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membolehkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap polis bewarna jingga dan bertudung tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Muar sekitar 8.30 pagi sebelum dibawa keluar empat jam kemudian.

Semalam media tempatan melaporkan wanita berkenaan ditahan polis selepas dipercayai menikam dada suami yang baru dikahwininya enam bulan lepas, dengan menggunakan sebilah pisau.

Kejadian sekitar 1.43 petang itu dipercayai berlaku apabila suspek tidak berpuas hati selepas mangsa Mohd Firdaus Dsalehuddin, 28, yang bekerja sebagai pemotong ayam di pasar awam, Muar sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah pasangan itu di Parit Bunga, Tangkak.

Susulan itu, pihak polis menahan suspek di lokasi kejadian dan merampas senjata yang digunakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");