Isu Panas

RUU 355 Bakal Dibentang Selepas PRU14

GOMBAK: Pas memberi gambaran Rang Udang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 bakal dibentangkan selepas PRU14.

Ketua Dewan Ulamaknya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, pembentangan RUU355 kali ini perlu mengambil kira faktor kemenangan ketika undian dijalankan di Dewan Rakyat.

“Tentang pembentangan, kalau boleh kita nak menang. Kita buat kira-kira berdasarkan sokongan, Umno pun tak sokong sepenuhnya, orang Melayu dalam Parlimen pun tak sokong, lebih baik kita tangguh.

“Kita harap dengan PRU nanti, lebih banyak kerusi kita menang baru lah kita bentang,” katanya semalam, lapor Sinar Online.

Beliau berkata, usul persendiran yang dibawa Pas menjadi sejarah apabila diterima dan dibincangkan Speaker Dewan rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Cuma bila kita nak buat undian, kita akan buat kira-kira sama ada sekarang (sidang Dewan Rakyat) kali ini atau selepas PRU14,” katanya.

Sebelum ini, Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan usul RUU355 selepas dibentangkan buat kali ketiga.

Dalam pada itu, Mahfodz turut menyatakan keyakinan merampas beberapa negeri dan menang lebih kerusi daripada parti Amanah.

“Sasaran kita adalah kekalkan kerusi di Kelantan dan Selangor. Ambil semula Terengganu dan Kedah serta menambah beberapa kerusi lain,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");