Sukan Hari Ini

Saya Mangsa Kejayaan Sendiri: Mourinho

MANCHESTER: Pengendali Manchester United, Jose Mourinho berkata dia dinilai daripada aspek berbeza berbanding pengendali lain, disebabkan oleh kejayaannya sebelum ini tetapi kritikan itu tidak melemahkannya.

Mourinho dikritik hebat ekoran pendekatannya ketika terikat tanpa jaringan menentang Liverpool di Anfield, minggu lalu.

Pendekatan itu dibandingkan dengan pesaingnya, Pep Guardiola yang pendahulu liga Manchester City kendaliannya mempamerkan permainan menarik ketika menewaskan Stoke City 7-2 pada hari yang sama.

Namun kemenangan ke atas Benfica pada aksi Liga Juara-Juara melebarkan rekod tanpa kalah United dalam 12 perlawanan, 10 daripadanya adalah kemenangan dan Mourinho, yang menyaksikan skuadnya menghasilkan banyak gol sebelum perlawanan bertemu Liverpool, yakin beliau menjadi mangsa kepada kejayaannya sendiri.

“Saya fikir itu adalah kesilapan saya kerana orang sudah biasa melihat pasukan saya melakar keputusan baik dan memenangi kejuaraan,” kata Mourinho.

“Orang lain memiliki lebih banyak masa berbanding saya. Orang lain mempunyai standard berbeza berbanding saya namun semuanya bukan masalah kepada saya. Yang pasti, saya boleh bayangkan kalau kami tewas, kritikan akan lebih teruk daripada sekarang.”

Selepas lapan perlawanan, United berada di tangga kedua, kurang dua mata berbanding City dan akan bertemu Huddersfield, malam ini sumber AFP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");