Isu Panas

Saya Rindukan PAS – Mat Sabu

ALOR SETAR: Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu, mengakui masih merindui PAS sehinggakan kadang-kala menitiskan air mata apabila terpandang markas parti yang pernah menjadi perjuangannya.

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu, berkata perasaan rindu bukan sahaja dialami dirinya, sebaliknya masih ramai lagi ahli dan pemimpin dalam PAN yang turut berkongsi nostalgia dan emosi sama terhadap PAS.

“Dah tentu saya sendiri apabila terlihat markas PAS yang dibina atas duit derma, kadang-kadang air mata jatuh terkenang kerana saya dan pemimpin lain pernah berceramah dan membantu mengutip derma mendirikan markas terbabit. Kini ia menjadi lokasi tempat maki hamun kita pula.

“Ramai kepemimpinan di atas pentas ini sudah lama berjuang dengan PAS. Sebab itu hati mereka mudah beremosi. Bagi yang muda dan barangkali ada antara perwakilan dan pemerhati, tak terasa dengan kritikan dilemparkan pemimpin dan ahli PAS,” katanya ketika menyampaikan ucapan penutup Konvensyen Nasional 2017 PAN, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mat Sabu mengakui pakatan pembangkang sengaja mencetus propaganda bagi menarik kedatangan orang ramai terutamanya anak muda Melayu ke perhimpunan haram yang diketuai DAP di Padang Timur di Petaling Jaya, minggu lalu.

Beliau berkata, sasaran untuk menarik sehingga 100,000 peserta dalam perhimpunan itu hanyalah propaganda sedangkan angka sebenar yang disasarkan antara 20,000 hingga 30,000 sahaja.

“Sasaran sebenar ialah masyarakat Melayu terutamanya di luar bandar. Mereka yang datang pada hari itu 70 peratus daripadanya memang terdiri daripada masyarakat Melayu dengan kita berjaya mengutip derma sehingga RM68,000.

“Bagi orang Cina tak ramai yang datang sebab kita tidak gembar-gemburkan perkara itu kepada mereka, kerana kajian pelbagai pihak menunjukkan 80 peratus daripada orang Cina sememangnya akan mengundi kita,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");