Membawang Hari Ini

Sejati Lagu Terbaik Minggu Pertama Muzik Muzik 32

SHAH ALAM: Lagu ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan berjudul Sejati dipilih lagu terbaik minggu pertama separuh akhir Muzik Muzik 32 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam tadi.

Lagu nyanyian asal Faizal Tahir yang dipersembahkan Azmi Caliph Busker itu dipilih juri, AG Coco, Eddrie Hashim, Halen Yap, LY, Azmeer, Pak Ngah dan Datuk Mokhzani selaku ketua juri.

Namun menurut laporan BH Online, lagu terbabit belum ditentukan layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) 32, Februari depan.

Selain Azmi, pusingan pertama separuh akhir Muzik Muzik 32 turut mempertaruhkan lagu Aisyah nyanyian Projector Band, Bukan Propaganda (Syamsul Yusof dan Mawi), Akhirnya Cinta (Salma), Bayang (Khai Bahar) dan Disana Cinta Disini Rindu (Tajul dan Wany Hasrita).

Lagu nyanyian Ayda Jebat berjudul Mata, Altimet (Amboi), Hazama The Penglipur Lara (Aku Yang Sebenar) dan Haqiem Rusli (Segalanya) turut bertanding.

Pentas separuh akhir turut menampilkan persembahan Dayang Nurfaizah dengan lagu Lelaki Teragung, Ning Baizura dan Jaclyn Victor (Dimana Dimana dan Beribu Sesalan) serta Raihan (Puji-Pujian dan Thank You Allah).

Separuh akhir kedua Muzik Muzik 32 akan mempertaruhkan 10 lagu lagi pada 5 November depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");