Berita Hari Ini

Seleweng Dana: Tiga Pemimpin Politik Dibebaskan

KOTA KINABALU – Tiga individu yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di Sabah dibebaskan hari ini.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus membenarkan ketiga-tiga lelaki yang merupakan pemimpin daripada dua buah parti, masing-masing dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua daripada individu berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 dengan deposit RM30,000 dan dua orang penjamin.

Seorang lagi individu berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 tanpa deposit dengan dua orang penjamin.

Sebelum ini, kesemua individu berkenaan ditahan reman selama lima hari sejak Selasa lepas, dan kemudian tempoh reman mereka disambung tiga hari mulai Ahad lalu lapor Bernama.

Kesemua mereka antara lapan individu yang ditahan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek luar bandar berjumlah RM180 juta iaitu sebahagian daripada RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diselewengkan daripada sebuah kementerian.

Dana RM1.5 bilion itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementerian berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah bagi tempoh 2009 hingga 2015.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");