Isu Panas, Perak Hari Ini

Semangat Musyawarah Kunci Kekuatan BN

BERUAS: Barisan Nasional (BN) sentiasa mengambil pendekatan dengan berbincang bersama-sama ahli mahupun komponen parti, terutamanya apabila melibatkan kedudukan calon menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata semangat bermusyawarah dalam BN merupakan suatu amalan biasa parti itu berbanding dengan pembangkang.
“Ini merupakan perkara biasa di mana kita tidak berkelahi seperti di sebelah sana (pembangkang).
“Kita sentiasa menerapkan budaya perbincangan di mana kita tidak akan buat sesuatu keputusan tanpa merujuk kepada rakan-rakan kita yang lain.

“Ini dapat dilihat seperti mana kita buat keputusan dalam menghadapi pilihanraya lalu di peringkat negeri Perak,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak berkata bagi peringkat negeri, pihaknya masih membuat penilaian yang mendalam berdasarkan kajian, data dan maklum balas bagi memastikan kesesuaian calon untuk ditempatkan di sesuatu tempat.

“Kita akan meneruskan penilaian itu seperti mana yang disebutkan Perdana Menteri kita iaitu membuat penilaian kali ketiga dan saya yakin ini adalah penilaian yang terakhir.
“Kerana akhirnya yang bertanding bukan wakil parti, tapi wakil BN di mana BN perlu menang.

“Calon yang kita telah kenalpasti, calon itu yang akan diberikan penilaian akan kemungkinan calon itu menang di kawasan tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan majlis Pra Pelancaran 100 Tahun Pekan Beruas Dan Citra Warisan di Padang Awam Beruas, dekat sini, pada Rabu.

Pada program berkenaan, beliau sempat menyempurnakan program Ziarah Kasih Kampung Kilang dan penyerahan geran tanah kepada penduduk setempat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");