Berita Hari Ini

‘Senyum Ada Makna Tu’ – PM Najib

KUALA LUMPUR: ‘Senyum ada makna tu’, demikian kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-247 di Istana Negara semalam.

Status terbaharu dalam Twitter rasmi beliau dipercayai ditujukan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang berada ditengah-tengah gambar gambar yang dimuat naik Najib hari ini, lapor MalaysiaGazette.

Dalam gambar berkenaan, kelihatan Azmin diapit beberapa Menteri Besar kerajaan Barisan Nasional (BN) antaranya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Malah majlis turut dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Juga kelihatan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Azmin hadir menemani Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-247 yang diadakan di Istana Negara.

Mesyuarat diharidiri Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Turut berangkat ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Sultan Kedah Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah serta Sultanah Kedah Tengku Maliha Tengku Ariff.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");