Perak Hari Ini

Setiap Agensi, Jabatan Perlu Kreatif Lakukan Inovasi-MB Perak

IPOH:Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta agar setiap jabatan di negeri ini supaya melakukan transformasi hasil dengan berfikir di luar dari lingkungan kebiasaan dalam usaha memberikan sesuatu yang baik dipanggil sebagai inovasi.

“Inovasi adalah satu proses semulajadi tidak perlu memaksa diri kita tetapi ada satu kunci dalam inovasi iaitu keinginan melakukan kebaikan, perubahan lebih baik daripada keadaan yang kurang baik hari ini untuk lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam (MPIPA) peringkat Negeri Perak 20017 di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Turut hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan barisan exco kerajaan negeri.

Jelasnya lagi, sebanyak 20 jabatan telah diaudit pada tahun lepas dan 15 jabatan iaitu 75 peratus  dari keseluruhan telah memperolehi pengiktirafan lima bintang.

“Kita perlu berusaha membetulkan sistem penyampaian yang sebelum ini ada sesuatu proses yang lambat tetapi kita akan berusaha memastikan proses itu dapat dipercepatkan dengan menyediakan penyelesaian yang lebih baik,” katanya.

Jelasnya lagi, eleman kreatif dan inovatif itu perlu untuk menghasilkan sesuatu yang baharu.

 

Terdahulu, Majlis Daerah Kampar berjaya memenangi Anugerah Potensi Inovasi bagi kategori Anugerah Menteri Besar menerusi penghasilan Kampar Organik:Mekanisme Unggul kemasyarakatan Kejiranan Hijau yang membawa pulang RM10,000.

Manakala Anugerah Inovasi kategori Pihak Berkuasa Tempatan johan dimenangi oleh Majlis Daerah Kampar dan Pertandingan Innorace johan dimenangi oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Selama.

Sebanyak 37 penyertaan antaranya pengurusan kewangan, Pihak berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah telah mengambil bahagian kali ini bagi enam kategori yang dipertandingkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");