Isu Panas

‘Bajet 2018 Bukan’Dedak PRU”

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan Bajet 2018 umpama memberi dedak kepada rakyat menjelang PRU14.

Beliau berkata, adalah tindakan yang sangat biadab kerana pembentangan bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, semalam adalah pembentangan terbaik yang pernah dibuat.

Bajet 2018 yang dibentangkan adalah bajet terbaik yang pernah di bentangkan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

“Siapa kata yang itu (bajet) adalah dedak untuk rakyat, dia adalah orang yang tidak bersyukur serta tidak tahu berterima kasih kepada kerajaan yang banyak memberi bantuan kepada rakyatnya.

“Bagi saya bajet yang di bentang itu adalah menyeluruh serta melibatkan semua sektor masyarakat khususnya kepada penjawat awam, petani, penternak, pesawah, nelayan, dan semua insentif yang diperuntukkan kepada masyarakat bawahan ini adalah sangat baik untuk mereka,” katanya, memetik laporan Sinar Online.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan program Warrior Challenge @N9 di Palm Mall Seremban, hari ini.

Menurutnya, Bajet 2018 adalah sangat menyeluruh dengan melihat keperluan dan masalah rakyat yang berhadapan dengan kos sara hidup semakin meningkat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");