Sukan Hari Ini

Sivasangari Rangkul Gelaran Sulung

IMPIAN pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari untuk ???merangkul gelaran sulung pada Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia tercapai apabila mudah menewaskan Milnay Louw dari Afrika Selatan pada perlawanan akhir ????? di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Kejayaan pemain remaja itu juga memecah dominasi Datuk Nicol David yang bergelar juara sebanyak lapan kali pada kejohanan berkenaan.

Pada aksi final itu, Sivasangari mengekalkan rentak kemenangan untuk menewaskan Louw dengan straight set 11-9, 11-3, 11-5 di gelanggang Arena Nicol David.

“Menang pada kejohanan bernilai USD10,000 (RM42,265) (nilai keseluruhan) di Malaysia itu merupakan kejayaan paling bermakna. Saya sangat gembira kerana prestasi semakin baik dan perlu konsisten dalam kejohanan lain selepas ini.

“Bulan depan saya akan menghadapi Kejohanan Terbuka Australia yang bernilai USD10,000, harap prestasi saya lebih baik daripada hari ini kerana pemain yang akan beraksi nanti lebih hebat,” katanya memetik laporan Bernama.

Sebelum ini, Sivasangari hanya memenangi kejohanan menawarkan hadiah bernilai keseluruhan USD 5,000 (RM21,142) pada dua kejohanan baru-baru ini, di Siri Skuasy Jelajah Malaysia dan Piala Cabaran Beijing.

Mengenai aksi final hari ini, Sivasangari berkata kemenangan set pertama menambah keyakinannya untuk memenangi dua set seterusnya.

“Saya bermain dengan baik hari ini…namun ia bukan perlawanan yang mudah terutamanya pada set pertama.

“Strategi saya banyak membuat serangan di bahagian penjuru gelanggang kerana beliau (Louw) berbadan besar dan menyukarkan beliau bergerak pantas,” kata pemain nombor ke-47 dunia itu.

Sementara itu, nasib berbeza dalam kategori lelaki apabila wakil negara Ng Eain Yow kalah kepada Leo Au dari Hong Kong 6-11, 7-11, 4-11 dalam aksi final.

Leo berkata, kemenangan itu menaikkan semangatnya untuk lebih kompetitif pada kejohanan akan datang.

“Saya gembira dengan kejayaan ini. Saya beraksi dengan baik dan harap dapat mengekalkan rentak permainan atau bermain lebih baik pada kejohanan akan datang.

“Beliau (Eain Yow) memberi tentangan sengit kepada saya. Beliau memiliki kawalan bola yang baik di gelanggang, namun saya berjaya mengawal permainan sekali gus memenangi perlawanan akhir ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");