Perak Hari Ini

Sultan Nazrin Rasmi Rumah Terbuka Deepavali Perak

BAGAN DATUK – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Negeri di Dewan Sanmarka, Hutan Melintang, pagi ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Zulkarnain Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tuanku Suraya Sultan Abdul Halim Shah.

Majlis Rumah Terbuka Deepavali dimeriahkan oleh lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi MIC Negeri, Datuk V Elango yang memaklumkan pelbagai bantuan diberikan kerajaan negeri dalam membantu masyarakat India di negeri ini.

Elango turut meminta tetamu yang hadir terutamanya golongan belia supaya sentiasa bekerjasama tanpa mengira kaum bagi memelihara keharmonian yang wujud sejak dahulu lagi.

Majlis diteruskan dengan perkenan Sultan Nazrin memukul gendang sebanyak tiga kali sebagai gimik perasmian Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Negeri.

Majlis diteruskan lagi dengan acara bersantap dengan pelbagai hidangan menarik kaum India antaranya nasi beriani, kari kambing, idli dan lain-lain lagi sambil diiringi pelbagai persembahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");