Isu Panas

‘Tak Dapat Perhatian Punca Keluar Parti’

ALOR SETAR – Struktur parti yang tidak kuat serta gagal memberi perhatian kepada pemimpin bawahan menyebabkan ramai pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meninggalkan parti itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, senario seumpama itu juga telah dijangka kerana Bersatu adalah parti baharu berbanding parti Umno dan BN.

“Kami dah nampak ini akan berlaku, cuma yang ada pengalaman seperti Umno dan BN sebab kita ada struktur yang kemas…mereka ni nak perhatian daripada pemimpin atasan dan kasih sayang bila dia dipilih jadi pemimpin bawah ni dia naklah perhatian..jadi kalau tak dak perhatian berlaku masalah ini.

“Saya percaya depa (Bersatu) tak mampu sebenarnya nak beri perhatian kepada semua permintaan jadi, awal dulu begitu ghairah masuk Bersatu dan la ni nak keluar daripada parti Bersatu ni,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Program My Beutiful Neighbourhood Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Taman Seri Gemilang, pada Sabtu lapor Bernama.

Ahmad Bashah berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa pemimpin bawahan Bersatu yang bertindak keluar parti sejak kebelakangan ini.

Katanya, masalah dalaman parti itu bukan sahaja melanda pemimpin bawahan, tetapi berlaku di peringkat atasan dan masih belum diselesaikan.

Antaranya yang telah meninggalkan Bersatu ialah bekas naib presiden parti dan ketua bahagian Gopeng, Hamidah Osman serta seorang lagi pengasas, Anina Saadudin yang mendakwa Bersatu ‘tidak lagi mempraktikkan prinsip keadilan, ketelusan dan integriti dalam pentadbirannya’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");