Berita Hari Ini

Tambah Guru Kauseling Di Sekolah

KUALA TERENGGANU: Kementerian Pendidikan akan menempatkan lebih ramai guru kaunseling profesional di sekolah bagi menangani pelbagai isu dan masalah pelajar.

Selain itu, kementerian juga meminta semua guru supaya bertindak sebagai guru disiplin dan tidak menyembunyi sebarang insiden yang berlaku di sekolah daripada kementerian dan pihak berkuasa.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Senator Datuk Chong Sin Woon, berkata kecenderungan pelajar untuk mencuba sesuatu yang baharu berpunca daripada akses tanpa batas di laman sosial, selain kurangnya pendekatan guru kaunseling profesional kepada mereka.

“Setiap sekolah perlu mempunyai kaunselor profesional khusus untuk membantu pelajar, ini kerana kita tidak mahu pelajar yang mempunyai masalah mendapat hukuman yang berat dan dikeluarkan dari sekolah.

“Kementerian mahu semua pelajar memperoleh akses pendidikan sama, cuma mereka perlukan kaunseling yang lebih untuk memastikan disiplin mereka lebih baik.

“Pada masa sama, semua guru perlu meneliti aktiviti atau permainan yang dimainkan pelajar secara serius ketika berada di sekolah,” katanya, lapor BH Online.

Beliau memberitahu media demikian selepas majlis perasmian Simposium Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2017, yang dirasmikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Sin Woon berkata, semua guru juga perlu meneliti aktiviti atau permainan yang dimainkan pelajar secara serius ketika berada di sekolah.

Katanya, konsep semua guru adalah guru disiplin dan mewujudkan sekolah penyanyang adalah asas bagi mengurangkan masalah dalam kalangan pelajar.

“Kita tidak boleh memberikan tanggungjawab kepada seorang guru disiplin sahaja. Oleh itu, kita mengambil pendekatan supaya semua guru bertindak sebagai guru disiplin.

“Namun, guru tidak perlu terlalu fokus pada tindakan disiplin atau hukuman, sebaliknya menggunakan konsep mendekati dan bermesra dengan pelajar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");