Berita Hari Ini

Tiada Air Dalam Tandas Punca MH1 Patah Balik

KUALA LUMPUR – Penerbangan Malaysia Airlines MH1 dari London ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow selepas lebih sejam berlepas, awal pagi tadi berikutan masalah sistem bekalan air dalam pesawat.

Menurut Twitter Flight Alert @FlightAlerts777, pesawat berkenaan dilaporkan membuat pusingan U di Belgium kerana masalah ketiadaan air dalam tandas.

MAS dalam satu kenyataan berkata, pesawat berkenaan yang berlepas dari London pada jam 9.35 malam waktu tempatan semalam (4.45 pagi tadi waktu Malaysia) yang memakan masa selama 12 jam dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada jam 5.50 petang ini.

Bagaimanapun, pesawat terpaksa berpatah balik ke London dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Heathrow pada jam 11.10 malam tadi waktu tempatan (6.20 pagi tadi waktu Malaysia).

“Jurutera sudah bersedia untuk membetulkan masalah terbabit sebaik pesawat mendarat.

“Semua penumpang ditempatkan di hotel berhampiran lapangan terbang sementara menanti perjalanan baharu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini lapor Sinar Harian.

Syarikat penerbangan itu turut memohon maaf kepada semua penumpang atas kesulitan berkenaan dan akan membantu penumpang untuk menempah tiket bagi penerbangan sambungan dari Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, laman web rasmi MAS menyatakan penerbangan itu berlepas semula dari London pada jam 1.40 pagi tadi waktu tempatan (8.40 pagi tadi waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9.26 malam nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");