Perak Hari Ini

Tiada Kejadian Gaduh Di Tambun-Polis Perak

IPOH: Polis Perak menafikan insiden pergaduhan dan penyebaran gambar seorang mangsa putus tangannya di Tambun Ipoh yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong tiada sebarang laporan polis diterima pihak tentang kejadian yang didakwa melibatkan pergaduhan dua kaum.

“Polis hanya menerima dua laporan Polis yang pertama iaitu melibatkan seorang perempuan Cina mendakwa dia telah dipukul oleh sekumpulan lelaki Melayu dan seorang perempuan Cina dihadapan sebuah bank di Ipoh Garden kerana dituduh mengganggu pengadu kedua pada 15 Oktober lalu dan mengalami kecederaan di jari, kepala dan kaki.

“Laporan polis kedua melibatkan pengadu kedua pada 15 Oktober mendakwa dia dipukul oleh 10 lelaki Cina dan 4 perempuan Cina di hadapan sebuah Pusat Hiburan di Ipoh Garden kerana dituduh cari pasal dengan wanita terbabit.

“Pengadu kedua mendapat kecederaan di kepala, badan, leher dan kakinya,”katanya.

Jelas Sum, kedua-dua report polis itu telah disiasat dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Pihak Polis menegaskan bahawa kejadian dalam gambar dan video yang diviralkan bukan kes yang sama.

“Kami juga menasihatkan orang ramai supaya jangan viral gambar dan video berkenaan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");